>>8Pewangi Eau De Macbook Pro
AGAK-AGAK apakah pewangi paling pelik korang pernah de-ngar? Mungkin info yang beri-kutnya ini akan memberikan ke-ceriaan pada sesetengah orang. Ini adalah kerana bagi mereka yang sentiasa berangan-angan untuk memiliki sebarang barang-an keluaran Apple tapi tak mampu nak memilikinya, kini kita berpeluang untuk berada 'lebih dekat' dengan barangan tersebut. Eau de Macbook Pro ialah sejenis pewangi yang dicipta secara khasnya untuk memberi-kan pengguna kepada bau-bauan melambangkan bau barangan Apple ketika kita pertama kali membukanya. Para pencipta pewangi dari Air Aroma telah bekerja keras untuk menghasilkan formula wangian istimewa ini yang boleh menyamai bau-bauan seperti pembungkus plastik, dakwatcetakan, kadbod terkoyak ataupun komputer bimbit Apple yang datangnya terus dari kilang. Pewangi ini sebenarnya telah, dicipta atas permintaan artis-artis dari Melbourne iaitu Gavin Bell, Jarrah de Kuijer dan Simon McGlinn untuk parmeran mereka yang bertajuk 'De facto Standard'. Dikata-kan mana-mana peminat barangan Apple akan dapat mengecam wangian dari pewangi ini sebaik sahaja mereka menghidunya.