Update 2024-03-27: Greatly expanded the "Samples" page and renamed it to "Glossary".
Update 2024-04-04: Added 5 million mid-2011 posts from the k47 post dump. Browse (mostly) them here.
Update 2024-04-07: Added ~400 October 2003 posts from 4chan.net. Browse them here.

Welcome to Oldfriend Archive, the official 4chan archive of the NSA. Hosting ~170M text-only 2003-2014 4chan posts (mostly 2006-2008).
[2 / 0 / ?]

[1369290284] Perang Robot Tak Tadi ?

No.15203 View ViewReplyOriginalReport
PERANG ROBOT TAK TADI ?

LEBIH setahun yang lepas, kitorang pernah dedahkan mengenai filem berambisi besar Steven Spielberg dengan berkonsepkan robot dan kehancuran dunia iaitu Robopocalypse. Tak ada update yang kilorang dapat lepas tu, dan kalau korang masih selia hingga saat ini menantikan filem itu keluar tahun depan, ok, berita tak berapa best untuk korang. Filem itu takkan keluar, sekurangnya bukan tahun depan. Filem yang sepatutnya menjadi projek terbaru Spielberg selepas Lincoln yang baru mula ditayangkan, kini terpaksa ditangguhkan dek rombakan skrip dan urusan bajet. Anne Hathaway dan Chris Hemsworth (Catwoman dan Thor) yang sebelum ini diikat sebagai bintang projek itu, kini bebas menggejar projek lain. Sementara tak ada siapa tahu berapa lama penangguhan dibuat, boleh jadi dua muka tadi takkan ada dalam filem ini selepas Spielberg bersedia membawa projek ini kembali ke landasan nanti.